Sunday, December 25, 2011

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA - KISSM ( Soalan 2A )

i) Nyatakan perbezaan antara ciri – ciri MPK dan FM.

Keberkesanan dan kecekapan dalam menguruskan sesuatu jabatan adalah komponen penting untuk meningkatkan kualiti kerja dalam pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi. Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) telah diperkenalkan pada tahun 1991 melalui pekeliling kemajuan pentadbiran awam bilangan 8/1991.


Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) merupakan sumber tepat yang boleh dijadikan panduan semasa menjalankan tugasanya dengan cekap dan berkesan. MPK dan FM mempunya perbezaan yang ketara. Antara perbezaan ciri - ciri MPK dan FM ialah


MANUAL PROSEDUR KERJA ( MPK )

FAIL MEJA ( FM )

* Dokumen rujukan peringkat jabatan.

* Berasaskan fungsi dan bidang tugas jabatan.

* Satu MPK untuk satu jabatan.

* Mengandungi maklumat menyeluruh mengenai semua aktiviti dalam jabatan.

* Dokumen rujukan peringkat individu atau jawatan.

* Berasaskan tugas dan tangungjawab individu.

* Satu FM bagi satu jawatan.

* Mengandungi Maklumat atau panduan untuk mengendalikan tugasan yang ditetapkan bagi satu – satu jawatan.


No comments:

Post a Comment