Sunday, December 25, 2011

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA - KISSM ( Soalan 1B )

ii) Antara lima amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut ialah


1) Pemberian penghargaan


Pegawai-pegawai yang memberi perkhidmatan yang cemerlang boleh diberi penghargaan dalam bentuk pingat, sijil kepujian, cenderamata atau kursus-kursus berkaitan. Pemberian penghargaan ini akan memberikan motivasi pada pegawai – pegawai agar sentiasa memberikan komitmen yang terbaik pada bidang tugas masing - masing. Sebagai contoh di sekolah, pihak pentadbir juga boleh memberi penghargaan seperti memberikan perhatian dan sokongan moral bagi memastikan guru sentiasa sedar akan peranannya dan tanggungjawab mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sikap pihak pentadbir yang mengambil berat terhadap keperluan guru – guru akan menyebabkan guru – guru terasa di hargai.


2) Mengadakan dialog serta perbincangan untuk menerangkan cara perlaksanaan etika perkhidmatan awam


Setiap individu tidak lari daripada melakukan kesilapan kerana tiada manusia yang dilahirkan sempurna dari semua aspek. Oleh itu, sikap berkongsi dan berdialog adalah satu cara amalan yang baik untuk menyedarkan atau memberi penunjuk kepada seseorang agar tidak lari daripada etika. Dialog dan perbincangan boleh diadakan dalam jabatan untuk menerangkan cara-cara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam, dan ceramah oleh pegawai-pegawai atasan boleh diberi sebagai latihan dalaman dalam jabatan kerajaan. Selain itu, boleh mengadakan hari kasih sayang ataupun hari etika mulia di sekolah.



3) Menubuhkan jawatankuasa kelab sukan, kebajikan dan sosial


Aktiviti-aktiviti yang sesuai dari segi kesihatan, kebajikan, sosial dan mengeratkan perhubungan di antara kakitangan kerajaan boleh diadakan melalui kelab-kelab tersebut. Penubuhan kelab – kelab seperti ini akan memberikan satu semangat perpaduan dan kerjasama yang erat dikalangan kakitangan. Nilai – nilai positif yang lain juga secara tidak langsung akan lahir dan ini akan menjadi satu kebiasaan kepada setiap individu dalam persatuan tersebut. Sebagai contoh di sekolah boleh mengwujudkan kelab guru dan kakitangan sekolah. Setiap permasalahan ataupun perancangan sehinggalah ke peringkat pelaksanaan akan di lakukan bersama – sama. Penubuhan kelab ini juga dapat mewujudkan suasana muhibah tanpa melihat kepada perbezaan kaum, agama dan status ekonomi di kalangan ahli.



4) Mengadakan lawatan mengejut untuk menaksir perjalanan kerja-kerja pejabat.


.Lawatan mengejut merupakan satu kaedah yang sangat bersesuai di praktikkan dalam mana – mana sektor pekerjaan. Dalam sektor perkhidmatan awam, kaedah ini bukan sahaja memberi satu impak yang baik malahan ia akan melatih pekerja mendisiplinkan diri agar sentiasa memberikan khidmat yang terbaik. Tidak akan wujud istilah “makan gaji buta” dimana bila ada pemantauan baru terjaga dari melaksanakan tugasan. Lawatan mengejut ini juga dapat membantu setiap prestasi seseorang dinilai dengan betul, sama ada individu atau organisasi tersebut melakukan tugasan yang di amanahkan secara sambil lewah ataupun komited dengan tugas.



5) Mengadakan malis jamuan teh atau makan malam.


Majlis seperti ini akan dapat memberi kesempatan kepada semua pegawai dan kakitangan bergaul mesra antara satu dan seterusnya dapat menanamkan semangat kekitaan. Majlis seperti ini bukan sahaja memberi ruang pada pekerja merapatkan hubungan diantara kakitangan yang lain malah dapat memberi ruang pada kakitangan melepaskan stress ditempat kerja dengan bersosial diantara kakitangan yang lain. Ini merupakan salah satu penghargaan daripada pihak atasan kepada kakitangan yang sentiasa memberikan khidmat kerja terbaik.


No comments:

Post a Comment