Thursday, June 17, 2010

LARAS BAHASA


PENGENALAN

} Laras bahasa merupakan variasi-variasi yang dipilih untuk digunakan dalam situasi-situasi tertentu dalam kehidupan sehari-hari. (Raminah Hj-Sabran(et. Al)1987)

} Laras penting mengikut Halliday,ketidak ketepatan penggunaan bahasa akan menjadi ketara apabila terdapat penggunaan bentuk-bentuk yang tidak sesuai. (Halliday,1968:150)

} Perbezaan faktor

} Geografi

} Usia

} Keturunan

} Tajuk Perbincangan

} Menurut Nuwairi Hj. Khaza’ai (1988), laras mempunyai beberapa ciri khusus dan ini dapat diteliti pada perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa.

} Faktor-faktor penentu laras seperti peranan pembicara, bilangan orang yang terlibat, status penutur/ pendengar dan latar pertuturan atau tajuk.



DEFINISI LARAS BAHASA MENGIKUT PANDANGAN TOKOH – TOKOH

} Halliday berpendapat (1968)

Laras ialah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. (berubah-ubah mengikut keadaan). Dalam membandingkan dialek dengan laras, Dialek berbeza dari segi isi manakala laras berbeza dari segi bentuk iaitu tatabahasa dan perbendaharaan katanya. Beliau mengkategorikan laras bahasa kepada tiga jenis iaitu,

Tajuk wacana

Cara penyampaian wacana

Gaya wacana

} Fergusan berpendapat (1968)

Menyatakan bahawa salah satu ukuran bagi menentukan taraf kemajuan laras bahasa menerusi laras yang wujud dalam bahasa berkenaan.

} Mengikut Ure dan Ellis(1977)

Menganggap laras sebagai “language patterning regularly used a certain kind of situation”; iaitu pola-pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan-keadaan tertentu.

} Asmah Hj. Omar berpendapat (1987)

Laras ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Dirujuk sebagai gaya bahasa tetapi ahli-ahli linguistik membezakan laras daripada gaya. Menurut ahli linguistik ( bahasa) pengkajian semua gaya bahasa harus disertai dengan mengkaji karya sastera kreatif. Malahan, setiap laras bahasa mempunyai gaya.

} Menurut Nik Safiah Karim berpendapat (1989)

Laras bermaksud atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang pada tiap-tiap penutur.

} Abdullah Hassan berpendapat (1991)

Laras itu lebih mementingkan penggunaan pilihan kata atau istilah yang tertentu dan penggunaan struktur ayat ataupun ungkapan yang berlaianan, khusus untuk sesuatu disiplin ilmu yang tertentu pula, termasuk juga perbezaan daerah dan sosial.


KEPENTINGAN LARAS BAHASA


} Kegunaan kehidupan seharian ketika berurusan dengan masyarakat

} Bentuk bahasa tertentu yang sesuai untuk digunakan mengikut situasi

} Menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasa sesebuah masyarakat terpengaruh dengan dunia luar atau tidak

} Keberkesanan komunikasi seseorang individu menggambarkan tahap pendidikan penutur

} Mengikut Ferguson (1968), laras menentukan pencapaian taraf kemajuan sesuatu bahasa. Bahasa yang maju berupaya memperkatakan perkara baru yang belum pernah diperkatakan.


JENIS – JENIS LARAS BAHASA

1) Laras Bahasa Sains

Definisi -

Dalam bidang sains, konsep-konsep sains huraian terhadap sesuatu formula menunjukkan Bahasa Melayu mampu mencapai tahap tinggi dan bersifat saintifik.

Ciri-ciri

1. Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa kiasan.

2. Bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif, maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan fakta.

3. Mementingkan kejelasan dan ketepatan fakta.

4. Laras bahasa ini banyak menggunakan istilah sains dan teknikal.

5. Banyak penggunaan istilah-istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris.

6. Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif, contohnya:-

“air hujan secara semulajadinya berasid sedikit kerana tindak balasnya dengan gas karbon dioksida dalam atmosfera untuk membentuk asid karbonik. Nilai PH air hujan ialah 5.6”.

Contoh Esei : Laras Bahasa Sains

Tajuk : Laser

“Pancaran laser dicipta kira-kira 35 tahun yang lalu, sejak itu bidang sains dan teknologi yang menggunakan pancaran laser pesat berkembang, kini pancaran laser digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan dari bidang perubatan, hiburan, perindustrian hinggalah kepada operasi ketenteraan”.

(Dipetik daripada Dewan Ekonomi, Oktober 2002)


BIL

LARAS BAHASA

ISTILAH

MORFOLOGI

STRUKTUR AYAT

1.

Laras Bahasa Sains

-Laser

-Teknologi

- Sains

Istilah-istilah ini berasal dari perkataan inggeris

Kalau di lihat dari segi stuktur :

-Perkataan (pancar) diberi imbuhan (pancaran)

-Perkataan (Kembang) diberi imbuhan (perkembangan)

-Perkataan (tentera) diberi imbuhan (ketenteraan)

-Struktur ayatnya agak pasif telah digunakan untuk situasi-situasi yang memerlukan kepada bahasa-bahasa yang tidak formal.

-Gaya bahasanya juga agak sederhana.


2) Laras Bahasa Ekonomi

Definisi -

Laras Bahasa Ekonomi merupakan laras yang berbentuk ilmiah serta bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang isu ekonomi.

Ciri-ciri

1. Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi.

2. Mempunyai istilah teknikal ekonomi.

3. Tidak mengutamakan struktur ayat.

4. Mempunyai gaya bahasa yang formal.

5. Fakta berdasarkan bukti data dan statistik dan mempunyai maklumat yang jelas.

Contoh Esei : Laras Bahasa Ekonomi

Tajuk : Pengguna perlu urus wang secara bijak

“Pengurusan wang merupakan faktor penting bagi setiap individu kerana kepentingan wang tidak lagi dapat disangkal dengan menjalani kehidupan seharian. Peningkatan kos barangan memberi kesan ke atas keperluan untuk mendapatkan wang. Kenaikan harga barangan disebabkan inflasi memerlukan pengguna lebih berhati-hati dan bijak menguruskan wang”.

(Dipetik daripada Dewan Ekonomi, Ogos 2003)

BIL

LARAS BAHASA

ISTILAH

MORFOLOGI

STRUKTUR AYAT

1.

Laras Bahasa Ekonomi

-Kos

-Inflasi

Istilah-istilah perkataan ini berasal dari perkataan inggeris



3) Laras Bahasa Undang-undang

Definisi -

Sejenis laras teknikal yang digunakan oleh pakar perundangan seperti peguam, hakim, pendakwa dalam menulis atau bercakap mengenai undang-undang.

Ia merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam Bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini laras bahasa undang-undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal. Contohnya:-

“defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak releven dengan perbicaraan berkenaan”.

Ciri-ciri

1. Tidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual dan sebagainya.

2. Struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang, diikuti oleh syarat dan diakhiri dengan keputusan undang-undang.

3. Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan.

4. Terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks teknikal yang lain.

5. Teks bersabit dengan perundangan yang mengandungi prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen).

6. Terdapat istilah khusus yang kebanyakkannya dipinjam daripada Bahasa Inggeris.

7. Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat.

Contoh Esei : Laras Bahasa Undang-undang

Tajuk : Pemilihan Yang Dipertuan Agong

Seorang Raja adalah layak dipilih menjadi Yang Dipertuan Agong melainkan jika :-

(a). Ia adalah seorang remaja, atau

(b).Ia telah memberitahu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa ia tidak berkehendak dipilih, atau

(c). Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa ia adalah tidak sesuai untuk menjalankan tugas-tugas yang DiPertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh kerana apa-apa sebab lain.

(Dipetik daripada Perlembagaan Dan Undang-Undang 1973)

BIL

LARAS BAHASA

ISTILAH

MORFOLOGI

STRUKTUR AYAT

1.

Laras Bahasa Undang-undang

- Raja

- Yang Dipertuan Agong

- Remaja

- Mohor Besar Raja-Raja

-Mengunakan kata nama diri seperti (Ia) sebagai kata ganti kepada raja.

-Mengunakan kata-kata sendi

-Terdapat juga kata-kata tugas seperti : Di, ke.

-Ringkas, tepat dan jelas

-Ayatnya juga padat dengan mengunakan ayat-ayat yang pendek.


4) Laras Bahasa Sastera

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.

Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Beberapa ciri bahasa sastera:

a. kreatif dan imaginatif: kabur mesej

b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata

c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.

d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.

e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

BIL

LARAS BAHASA

GAYA BAHASA

STRUKTUR AYAT

1.

Laras Bahasa Sastera

-Smile

-Repitasi

(pengulangan)

-Metafora

-Hiperbola

-Paradoks

-Simbolik

(perlambangan)

Contohnya; Pesan Mama Dewani seperti suluh dalam gelap

Contonya; Melaut yang angguk dan melaut yang menggeleng

Contohnya; Angin kepiluan

Contohnya; gunung harapan bergumpal dalam dirinya

Contohnya; matanya terpaku kepada daun-daun kering

Contohnya; Cadangan Ratu Negara direalisasikan

Contoh Esei : Laras Sastera

Contoh : Peristiwa ngeri melanda hidupnya, umpama malaikat maut yang melambai-lambai dirinya. Meskipun dia masih lagi boleh menjamah nikmat dunia, namun nyawanya sendiri sudah hampir di penghujung jalan. Menunggu ketikanya sahaja untuk meninggalkan tubuh badan.



5) Laras Bahasa Agama

Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab

Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab

Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis

Ciri-ciri

Membincangkan isu agama

Ada istilah pinjaman

Terdapat petikan

Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran

BIL

LARAS BAHASA

ISTILAH

MORFOLOGI

STRUKTUR AYAT

1.

Laras Bahasa Agama

Contoh Esei : Laras Bahasa Agama

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“…………Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadiaan……..”



6) Laras Bahasa Perniagaan

Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindkan.

Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

Ciri-ciri

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) slogan: Kami Ada Cara

(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa

(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y

(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap

(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu

(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.

(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama

(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai

(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

BIL

LARAS BAHASA

ISTILAH

MORFOLOGI

STRUKTUR AYAT

1.

Laras Bahasa Perniagaan

-tunai

-ansuran

-kredit

Contoh Esei : Laras Bahasa Perniagaan

Urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini.


7) Laras Bahasa Media Massa

Definisi -

Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung. Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasa yang digunakan juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton. Ayat yang panjang, mengandungi beberapa kosakata, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan. Peranan laras media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca laras media massa tidak mementingkan tatabahasa. Selain itu, tiada istilah teknikal dan khusus.

Ciri – Ciri -

Ciri penting yang harus ada dalam Media Massa yang baik ialah :-

1. Bahasa yang digunakan mudah.

2. Gaya tulisan yang jelas

3. Isi tulisan mestilah tepat.

4. Oleh sebab media massa diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai.

Contoh Ayat -

Pasukan hijau kuning telah memalukan pihak lawan apabila pasukan Kelantan dikalahkan di gelanggang sendiri dengan jaringan dua gol berbalas satu.


8) Laras Bahasa Rencana

Definisi -

Laras Bahasa Rencana adalah laras bersifat umum yang menyentuh mengenai tajuk tertentu. Kekuatan laras bahasa rencana ini biasanya kepelbagaian idea mengenai sesuatu tajuk yang diperkatakan. Penggunaan gaya bahasa juga mudah difahami. Selain itu, laras bahasa rencana ini juga melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci.

Ciri – Ciri –

  1. Bersifat umum
  2. Digunakan menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu
  3. Mudah difahami
  4. Gaya bahasa penulisan menarik yang menjurus kepada tajuk rencana
  5. Bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun secara terperinci

Contoh Ayat -

Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton belum dapat diukur sepenuhnya. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor rekabentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum ia berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara.


9) Laras Bahasa Iklan

Definisi –

Laras iklan terdapat di dalam bentuk lisan dan tulisan. Ia juga sebenarnya sejenis laras himbauan tetapi ia mempunyai banyak ciri tersendiri. Oleh sebab itu, laras iklan dibincangkan secara berasingan. Media iklan ialah bunyi, bahan cetak (kertas, papan, plastik, logam) dan pita filem. Fungsi utama laras iklan ialah untuk memperkenalkan dan menjual objek yang diiklankan. Laras iklan ini juga meluas penggunaannya. Dari sudut penampilan, terdapat dua jenis iklan.

1. Iklan promosi untuk tujuan penjualan.

· Laras jenis ini menggunakan pelbagai teknik himbauan, baik pada unsur bahasa mahupun seni grafiknya. Contoh iklan ini ialah iklan yang dicetak pada bungkusan barangan (termasuk kulit buku) dan poster.

2. Iklan pemberitahuan.

· Seperti iklan tender, jawatan kosong dan ucapan takziah. Iklan ini tidak menggunakan seni penampilan yang menonjol.

Ciri – Ciri –

1. Terdapat penggunaan unsur-unsur grafik dan ilustrasi yang

sangat ketara pada iklan bercetak.Unsur grafik digunakan untuk menarik perhatian pembaca dan penonton.

2. Terdapat penggunaan gambar bergerak dan muzik dengan

nyata sekali pada laras iklan pandang-dengar (filem dan televisyen).

3. Terdapat penggunaan warna-warna dan teknik-teknik kesan

khusus pada iklan bercetak mahupun pandang-dengar.

4. Struktur ayat adalah pendek-pendek, dan banyak menggunakan

ayat tunggal. Iklan ialah laras bahasa yang paling banyak menggunakan ayat tunggal satu perkataan.

5. Untuk menyampaikan maklumat berkesan

6. Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan

7. Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata sifat)

8. Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif

9. Penggunaan bahasa retorik

10. Tidak mementingkan tatabahasa

11. Guna pernyataan tertentu

Contoh Ayat –

Percuma, sebuah telefon bimbit Samsung dengan setiap pembelian sebuah LCD Skrin Televisyen Pensonic.


10) Laras Bahasa Sukan

Laras sukan ialah satu wacana tentang sukan. Istilah yang digunakan dalam laras sukan biasanya merujuk peraturan-peraturan sukan yang dipertandingkan. Setiap laras sukan mempunyai pembendaharaan kata yang berbeza-beza terutamanya perkataan khusus, struktur ayat serta cara pengungkapan dan format yang digunakan.

Ciri-ciri

7. Maklumat yang disampaikan berkaitan dengan kegiatan sukan.

8. Bahasanya ringkas, bersahaja, dan jelas.

9. Terdapat istilah yang berkaitan dengan aktiviti sukan dan pemilihan kosa kata yang mudah difahami.

Contoh Esei : Laras Bahasa Sukan

Tajik : Inter buru musim bersejarah

ROME: Selepas sembilan bulan dan 37 perlawanan, persaingan merebut kejuaraan Serie A hanya berbaki satu perlawanan dengan Inter Milan mengatasi AS Roma sebanyak dua mata. Inter dalam usaha menjadi pasukan pertama di Itali memenangi tiga gelaran semusim selepas menjulang Trofi Itali seminggu lalu menewaskan Roma 1-0 di perlawanan akhir dan final Liga Juara-Juara bakal berlangsung 22 Mei ini menentang Bayern Munich di Madrid.

BIL

LARAS BAHASA

ISTILAH

MORFOLOGI

STRUKTUR AYAT

1.

Laras Bahasa Sukan

Menggunakan istilah berkaitan aktiviti sukan.

- Garisan penamat

- Kotak penalti

- Sepakan percuma

- Troffi

-Struktur ayatnya agak pasif, menggunakan bahasa-bahasa yang tidak formal.

-Gaya bahasa ringkas,.


11) Laras Bahasa Akademik

Laras bahasa akademik digunakan didalam bidang ilmiah. Laras bahasa ini bersifat formal dan objektif. Gaya bahasa yang digunakan adalah matang iaitu mempunyai hujah yang tepat dan berkesan. Laras bahasa ini bersifat khusus dan sukar difahami. Hanya individu yang mempunyai pengetahuan berkaitan perkara yang dibincangkan sahaja yang dapat memahami laras bahasa ini. Laras bahasa ini mementingkan kesempurnaan didalam penyampaiannya serta mengutamakan pemaparan,perbincangan dan penghuraian. Didalam laras bahasa akademik ini juga terdapat penggunaan sudut pandangan orang ketiga, penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk. Selain itu laras bahasa akademik ini mempunyai nota kaki, bibliografi, indeks, dan sebagainya

Ciri-ciri

6. Bersifat ilmiah, formal dan objektif

7. Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan)

8. Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi

9. Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan)

10. Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian

11. Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk

12. Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks

Contoh Esei : Laras Bahasa Akademik

Cortazzi dan Jin (1996) menyatakan kanak-kanak disosialisasikan ke dalam budaya

pendidikan semasa mereka di alam pra-sekolah terutama sekali semasa mereka di tadika

atau permulaan sekolah rendah.

Petikan dari GEMA Online Journal of Language Studies Volume 7(1) 2007

BIL

LARAS BAHASA

ISTILAH

MORFOLOGI

STRUKTUR AYAT

1.

Laras Bahasa Akademik

Mempunyai format yang tersendiri.

- Kinestatik

- Analitikal

- Pendapat

Banyak Menggunakan ayat pasiff dan ayat majmuk.


12) Laras Bahasa Klasik

Laras bahasa klasik merupakan teks asal yang ditulis dalam tulisan jawi. Laras bahasa ini tidak menggunakan tanda bacaan dan tidak berperrenggan. Selain itu laras bahasa ini banyak menggunakan struktur ayat pasif contohnya kerja itu mesti kamu siapkan hari ini. Laras bahasa klasik ini juga menggunakan kata praklausa atau kata pembukaan ayat seperti arakian, hatta, kelakian dan lain-lain. Laras bahasa ini juga mengandungi kosa kata bahasa istana, antara contoh kosa kata istana ini ialah berangkat, berputra, bertitah, hari keputraan dan sebagainya.

Ciri-ciri

1. Teks asal ditulis dalam tulisan Jawi.

2. Tidak menggunakan tanda bacaan, dan tiada berperenggan.

3. Banyak menggunakan struktur ayat pasif.

4. Terdapat penggunaan kata praklausa atau kata pembuka ayat, seperti arakian, hatta, kalakian, dll.

5. Mengandungi kosa kata bahasa istana.

6. Tidak terdapat imbuhan asing seperti dalam penggubalan istilah sains dan teknikal.

Contoh Esei : Laras Bahasa Klasik

Kata sahibul hikayat, ada beberapa lama antaranya maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke darat; dan segala orang di pantai itu banyak mati, dilompati oleh todak itu. Jika kena dada, terus ke belakang; jika kena leher dan pinggang, terus ke sebelah. Maka tidaklah dapat orang berdiri di pantai itu, lagi banyak mati. Maka gemparlah orang berlarian ke sana-sini, semuanya menyatakan , “Todak menyerang kita. Banyaklah sudah mati orang kita dibunuhnya”.

Sejarah Melayu Edisi Shellabear, 1977, hlm. 51.

BIL

LARAS BAHASA

ISTILAH

MORFOLOGI

STRUKTUR AYAT

1.

Laras Bahasa Klasik

Mengandungi kosa kata istana dan kosa kata lama seperti.

- Beta

- Daulat

- Maka

- Sahibul

- Gemparlah

- Terdapat penggunaan kata praklausa atau kata pembuka ayat, seperti arakian, hatta, kalakian, dll.

- Mengandungi kosa kata bahasa istana.


Contoh Esei

Laras Bahasa Sastera

KE BINTAN-TO oleh A. Samad Ismail

MATAHARI sudah condong dan langit kemerah-merahan di sebelah bara. Mahmud pulang ke rumah lekas sedikit daripada biasa. Dilihatnya tingkap-tingkap rumahnya masih bertutup. Agaknya bininya belum pulang-pulang dari subuh tadi – harus ada di pasar. Dia pun terus naik ke rumah menjenguk ke dapur. Periuk mangkuk berserak di pelantar tidak bercuci; lantai masih berhabuk kerana gopoh-gapah pagi tadi.

Mahmud membuka gerobok mencari kalau-kalau ada lagi baki makanan pagi tadi. Terjumpa olehnya sekeping lempeng dan secawan kopi sejuk tetapi bertutup dengan tudung salji. “Ah, katanya dalam hati – entah ria entah sedih. “Nasib baik aku!”

Di dalam rumahnya gelap, dan di tengah- tengah rumah berserak tikar bantal kerana bininya apabila keluar subuh-subuh tadi, tidak sempat berkemas.

“Ah nasib baik terjumpa kopi dengan lempeng! Jadilah, apa hendak buat,” kata lagi Mahmud seorang diri sambil melangkah bantal-bantal yang berselerak itu.

Dia keluar ke serambi lalu membuka tingkap-tingkapnya. Angin bertiup pada waktu petang sangat menyegarkan badan yang letih, dan hatinya mulai lapang dan lega kembali. Budak- budak bermain di tepi lorong di bawah tingkap rumahnya, berteriak-teriak dengan rianya, menyebabkan hati Mahmud brtambah lapan, seolah-olah suara mereka itu jadi penawar kepadanya.

“Mana dia Ramlah belum balik-balik lagi?” tanya Mahmud dalam hatinya.. dia mencubit-cubit lempeng, memandang ke bawah lorong dan memerhatikan budak-budak itu bermain. “Agaknya belum dapat mi…..!”

Sejurus itu dia termenung. Kopinya belum pun separuh diminumnya, lempeng belum luak lagi. Dia memerhatikan budak-budak itu berkejaran; fikirannya melayang. Matanya hendak lelap tetapi di tahan-tahannya. Entah mengapa fikiranya hari itu kusut, tidak seprti biasa. Dia menyesat- ngesat dahinya, terasa peluhnya menitik.

Contoh Esei

Laras Bahasa Media Massa

1. Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.

2. Penggunaan kenderaan yang meningkat di atas jalanraya penyumbang utama punca jerebu berlaku di daerah kelang.

3. Minum sekali, pasti hendak lagi.

4. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, kebanyakan mangsa kemalangan jalan raya ialah penunggang motosikal dan pejalan kaki.

5. Kini terdapat hampir 50 peratus daripada pengguna yang membeli belah di pasar raya menggunakan kad kredit.




KESIMPULAN

} Laras ialah variasi bahasa yang mempunyai ciri-ciri khusus dalam pengunaan.

} Laras membantu membezakan situasi (formal / tidak formal).

} Laras bahasa ialah konsep linguistik

Hubungan yang lebih jauh daripada hubungan bahasa dan situasi.

} Pemilihan kata-kata mewakili bidang tertentu dan mencerminkan perbezaan antara satu bidang dengan bidang yang lain.



RUJUKAN

} Buku - Marzukhi Nyak Abdullah; Samsu Yaakob,Bahasa Melayu Kertas Satu STPM, Masa Enterprise, Kajang, Malaysia ,1993

} Nuraini Yusoff; Abdull Sukor Awang; Ab. Aziz Yusof; Mohd Isha Awang, Bahasa Melayu Pengurusan, Universiti Utara Malaysia, 2001

} Majalah - Laras Bahasa, Mazlan Bin Rais, Akademik Mei 92- 1992 Tahun Melawat Asean, Nurin Enterprise, Malaysia 1992

} Laman web

1 http://www.scribd.com/doc/11589816/Laras-Bahasa

1 http://faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/WEEK10/LARAS%20BAHASA.doc

No comments:

Post a Comment