Sunday, December 25, 2011

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA - KISSM ( Soalan 1A )

i) Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan.


Sebagai seorang guru yang baru sahaja memulakan alam pekerjaan dalam dunia realiti mendidik di sekolah, penekanan memahami, menghayati dan melaksanakan etika perkhidmatan awam haruslah diterapkan dengan lebih baik sekali. Ini bukan untuk kebaikan pada guru itu sendiri tetapi juga memberi kesan positif pada banyak aspek. Untuk memberi panduan yang terbaik pada guru – guru baru, pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan agar penanaman dan penghayatan sikap dan nilai murni diamalkan oleh anggota kerajaan. Penerapan etika perlu di wujudkan pada guru amatlah penting sekali. Ini bertujuan untuk :-


1) Meningkatkan lagi tahap profesionalisme perkhidmatan awam bagi merealisasikan konsep 1 Malaysia dengan berkesan.

2) Memudahkan pengurusan dalam sesuatu organisasi atau pertubuhan.


3) Menghapuskan tuduhan rasa curiga dan syak wasangka tentang kemampuan perkhidmatan awam kerana terdapatnya teguran dan aduan tentang ketidak cekapan perkhidmatan awam.


4) Permintaan rakyat terhadap perkhidmatan awam yang meningkat dan masyarakat mahukan satu pentadbiran yang dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan.


5) Faktor-faktor luar seperti kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan kepada rantau ini dan kemunculan gejala-gejala sosial yang kurang sihat seperti rasuah.

No comments:

Post a Comment